
Okeh... This is another last minutes plan. Aku tahu yang adik aku (Azrina) nak balik Penang semalam. Itu pun mama yang kasi tahu. Kata mama... In nak balik naik bas. Naik bas??? tahu ker dier nak beli ticket bagai?? Selamat dia call pagi tadi. Katanyer demam tapi nak kena jugak balik Penang coz nak ambil laptop bawak KL. Since aku pun dah lama tak balik Penang okeh jer lah kitaorang balik sesama.
Lepas jer jam 2pm. Aku terus balik umah nak kemas-kemas baju semer.. mandi (kasi fresh skit) then terus gie amek In kat sekolah dier. Biasanyer perjalanan dari KL ke Penang ambil masa 4hrs 30mins depends speed yang uoll bawak ler :-) Lama tueh.. lagi lama banding pegi JB aritue. huhuh.
Kitaorang keluar dari KL.. masuk Highway Sg Besi time tue dah jam 4pm kalau tak salah.. sepanjang perjalanan agak membosankan. Since In demam.. dia tido jer lah sepanjang perjalanan. Aku pulak yang melalak berkaraoke dalam kereta hehehhe.
Berhenti jap kat Tapah.. nak beli buah manga ngan limau untuk mama. Mesti dia mengidam nak makan buah nie malam kang hehhehe. Kat highway scenery yang paling menarik sekali aku sempat snap selepas bayar tol Ipoh (Selatan). Tengok ler gambar2 kat bawah nieh hehehhe. Ermmmm kalau aku guna camera SLR mesti lagi cantekkkk kan? huhuhu
Gambar-gambar yang lain nanti aku upload dalam facebook okeh.. Nanti penuh plak blog aku ngan gambar-gambar. Aku sampai umah kat penang jam 8.30pm. Penat gilak.. nie update blog up pasnie nak tidooooo... zzzzzzz


Rendah nyerrr awan-awan tue.... (Awan ker kabus??? )
11:13 PM
alaaaaaannn..saya di penang ni!
7:47 AM
wahhhh.. berapa hari gie saner? i dah sampai KL dah pun